Friday, April 10, 2009

Tugas-Tugas Kor Infantri

• Pasukan tempur di dalam divisyen infantri. Akan diaturgerakkan di dalam operasi di bawah arahan briged dengan kerjasama pasukan bantuan tempur ataupun lain-lain perkhidmatan.

• Mengambilalih semua operasi yang dibantu oleh pasukan lain sekiranya perlu di dalam fasa peperangan yang melibatkan operasi ofensif ataupun defensif.

• Di dalam operasi ofensif, infantri mampu untuk melaksanakan tugas seperti mara, serangan dan lain-lain operasi ofensif.

• Di dalam operasi defensif pula, infantri mampu untuk melaksanakan tugas pertahanan, pengunduran dan lain-lain operasi defensif.

• Di dalam kedua-dua operasi ofensif dan defensif, infantri berkemampuan melaksanakan obua.

• Tugasan semasa aman, pasukan infantri berkemampuan melaksanakan tugas-tugas istiadat, membantu pihak berkuasa awam semasa bencana alam, kenteteraman awam, menjaga keselamatan sempadan Malaysia daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penyeludupan dan keselamatan kepada kawasan-kawasan yang berkepentingan.

No comments:

Post a Comment