Friday, June 12, 2009

Sekadar Untuk Bacaan

LELAKI YANG DISUKAI OLEH WANITA SECARA UMUM

  • Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah-laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.
  • Lelaki yang berharga. Lelaki yanq tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
  • Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
  • Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

  • Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

  • Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

  • Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak serara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Ciri Gadis Melayu Menurut Islam

Orang Melayu yang beragama Islam menambah ciri-ciri antaranya taat hormat kepada suami, sabar pada kesusahan, tidak pernah menolak jima', tidak menyakiti atau memarahi suami, rindukan persetubuhan, keturunan yang baik, ada harta, cantik, taat kepada agama, , menjaga kehormatan dan harta suami, datang bila suami memanggil, bangun bila suami datang dan pergi dan sebagainya.

Kerja-kerja menggariskan gadis ideal Melayu telah menjadikan lelaki yang ingin mencari gadis untuk dijadikan isteri pening kepala kerana gadis sebagaimana yang digariskan itu hampir mustahil ditemui. Jika berjumpa gadis yang mempunyai separuh dari cir-ciri itu pun sudah boleh dianggap amat ideal. Lagi pun kalau menimbang dari rupa paras, maka besar kemungkinan tempang pula dari segi budi pekerti.

Akibat dari susahnya mencari gadis ideal, ramai lelaki Melayu telah mengambil jalan mudah, iaitu tidak begitu memilih gadis yang akan dikahwini. Hanya ciri-ciri penting sahaja yang diutamakan. Jika pada gadis itu terdapat ciri tambahan itu lebih baik. Maka ciri-ciri penting yang menjadi faktor penentu memilih gadis 'ideal' pada masa sekarang ialah cantik, beragama, dari keturunan yang baik, dan sesuai dari segi status, iaitu mengikut saranan Islam. Malah gadis yang beragama dan cantiklah selalunya diutamakan. Ciri tambahan yang diperlukan bila menimbangkan adat Melayu ialah gadis itu sopan dan hormatkan mertua, pandai memasak, pandai menguruskan rumah tangga serta mendidik anak-anak dan tidak terlalu cerewet. Bila gadis itu beragama dengan sendirinya ciri-ciri budi pekerti mulia yang digariskan oleh orang Melayu di atas tadi ada padanya atau mudah untuk ditanamkan pada dirinya.

Ciri Ideal Seorang Gadis Melayu

Secara umumnya bolehlah dicatatkan bahawa gadis yang ideal pada pendapat orang Melayu ialah gadis yang cantik, pandai dalam serba-serbi, berguna, cinta pada suami dan taat beragama.

Dari segi kecantikan gadis orang Melayu ada mencirikan gadis ini dengan panjang lebar iaitu lehernya jinjang, pinggang ramping bak kerengga, kulitnya putih halus bak kapas di busar, mukanya bersinar bak rembulan, hidungnya mancung bak seludang, pipinya bak pauh dilayang, bibirnya merah bak delima merkah, mulutnya bak seulas limau, giginya putih bak mutiara, tersusun giginya bak sebaris pinang, tangannya halus lembut menawan, bahunya rincing, kakinya cantik, pehanya gebu, betisnya bak bunting padi, punggungnya besar, buah dadanya montok, senyumnya mempesona bak bidadari, rambut ikal mayang, matanya galak, suaranya merdu bak buluh perindu, lenggangnya bak itik pulang petang.

Orang Melayu lama lebih terperinci dalam memilih wanita ideal hingga kepada ciri kemaluan wanita, mungkin kerana pada masa dahulu faktor ini di anggap penting bagi kebahagiaan lelaki. Kemaluan wanita yang ideal dikatakan mempunyai kualiti 7 rasa. Oleh hal demikian gadis Melayu lama 'ada memakai', iaitu mengamalkan jampi serapah untuk mendapatkan kualiti yang disebutkan itu. Kononnya bila seorang wanita itu ada kualiti Tujuh Rasa maka 'banyak rasa dirasa, tidak sama aku seorang'.

Tetapi sekiranya seorang lelaki itu hanya memilih gadis beradasarkan ciri di atas, dia dianggap berkhayal dan hanya mementingkan keseronokan dan kecantikan yang sementara. Ada lagi ciri yang patut dilihat untuk menentukan idealnya seseorang gadis Melayu iaitu budi pekertinya.

Secara umumnya gadis Melayu yang ideal itu dikatakan bersopan santun, manis kata-katanya, lemah lembut, bila berjalan tangannya tidak dilenggangkan tapi diletakkan di sisinya, jalannya tunduk malu, bila dia senyum akan ditutupi mulutnya dengan tangan kerana malu, bila bercakap dia tidak memandang muka lelaki, bila ketawa dia ketawa sedikit sahaja, bila dia lalu dicelah orang ramai dia akan membongkokkan badan dan melorongkan tangannya, bila duduk dia akan duduk bersimpuh. Dia adalah gadis yang tidak suka bernyanyi di dapur, dia juga tidak suka duduk di muka pintu, rajin menolong ibu, pandai menjahit, suka pada adik-adik, cakapnya tidak banyak, dia bijaksana dan tidak cerewet.

Gadis ideal Melayu tidak suka keluar rumah melainkan ditemani oleh adiknya atau kakaknya atau ibunya. Dia tidak suka berjalan ke rumah jiran, atau duduk termenung di halaman di waktu petang. Setiap masa dia gunakan masa untuk hal yang berfaedah seperti menolong ibu memasak, membasuh, menyidai kain, menggosok serta melipat pakaian. Dia jugalah yang memainkan peranan membantu mengasuh adik-adiknya. Biasanya bila dia sudah gadis, peranan memasak dan menghidangkan makanan akan diberikan kepadanya. Dia taat kepada agama dan taat pula bila disuruh oleh ibubapa.

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan

  1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
  2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
  3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
  4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
  5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
  6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.
  7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
  8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
  9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
  10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
  11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
  12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

No comments:

Post a Comment